Ainza: Mama Abah

Mama Abah

Thursday, December 01, 2011


Phtt storyy nim aku ader terjah blog seseorangg .
                                              And aku tgopp story dea bestt . so aku share kat sini pulakk :)

so the story begin with......
.
.
.
.
.
aku cuma budak biasa,tak kaya,tak cerdik,hanya sederhana di mata semua orang..aku anak ke-2 daripada 5 orang adik beradik aku...adik beradik aku panggil aku angah,kawan-kawanku menggelarkan aku dengan nama Kay..aku seorang remaja perempuan yang suka dengan kebebasan. semua aku nak cuba... aku dari keluarga yang agak alim lah kononya,cukup sekadar mengetahui aku remaja yang bertudung. tapi kerana dah biasa dengan suasana universiti,aku mula cabut tudung.. aku dah mula kenal apa itu ""OVERNIGHT"" aku dah mula kenal apa itu ""BOYFRIENDS"" aku dah mula kenal apa itu ""DATE""..tiap-tiap hari minggu,aku suka hangout dengan kawan-kawan tidak kira lelaki atau perempuan.. aku dah mula kenal apa itu FACEBOOK yang akhirnya aku mula meletakkan gambar-gambar keji aku,tidak bertudung,pakai pakaian ketat,berpeluk dengan kekasihku...Ye..aku perempuan sehina itu ketika itu...aku sudah mula malas untuk balik kerumahku..tiap-tiap hari kedua ibu bapa ku menelefon bertanyakan keadaanku..tiap-tiap bulan,tidak putus mereka memberi duet..tapi aku gunakan sepenuhnya untuk bersuka ria...
suatu hari,aku ditangkap oleh abangku sendiri,kerana meletakkan gambar-gambar tak senonoh di FACEBOOK,ye! aku dah hide tapi ALLAH itu maha kuasa,habis pecah tembelangku kerana salah seorang kawan abangku merupakan abang kawanku dengan tidak sengaja terpadang gambarku di folder adiknya. aku disuruh tangguh pengajian. ibu bapaku sedih dengan sikapku,mana tidaknya,depan mereka,aku tunjuk baik,belakang mereka macam-macam aku buat..
di satu malam,ibubapa ku memanggilku untuk berbincang,tiada riak marah namun mereka bercadang untuk aku berjumpa dengan ustaz dengan niat merubah aku ke arah kebaikan. aku mula menengking mereka.
" apa ni ? !! angah cakap xnk,,xnk lah,,wow ! dah lebih nie,i'm not a kiddie lah"
angkuh bunyinya... lantas aku berlari memasuki bilikku..adikku yang kecil datang padaku..
"angah,,adik nak tanya ni,boleh ?"
"kau nak tanya apa ?"
"angah,takpe ke kita bersuara macam tuh kat abah dengan mama ? "
"weh bodoh !,kau keluar sekarang..tanya aku soalan apa ni ?"
cepat-cepat adikku keluar..aku menangis teresak-esak..ya ! semua tak sayang aku,salah ke aku nak bebas,semua orang,mak ayah dorang bagi je dorang nak lepak,nak keluar,tapi kenapa aku tak dapat ? semua orang tak sayang aku...aku nak kereta,dorang tak bagi,aku nak motor dorang tak bagi,abang aku nak semua dapat..x adil !!
perlahan-lahan,mama masuk ke bilikku..pada masa itu aku sedang menelefon kekasihku..niatku menyuruh dia menjemputku untuk membawaku jauh dari rumahku..mama tersenyum kearahku,lantas aku terus mematikan talian.
"angah,mama nak minta izin cakap ngn anak mama ni boleh tak ?"
bayangkan..seorang ibu meminta izin untuk bercakap..apatah aku yang tak pernah meminta izin untuk kemana sahaja...aku cuma mengangguk..mama datang usap belakang aku..
"angah,mama tahu apa yang sedang angah fikir,mama tahu angah marah...semuanya bersebab sayang..mama tak izinkan angah mempunyai kereta mahupun motor adalah kerana mama dan abah tak sanggup menerima apa yang terjadi kelak,mama dan abah tak mahu suatu luka pun melekat di badan angah.. mama dan abah tak izinkan angah keluar pada malam dan inginkan angah meminta izin keluar di siang hari kerana,mama dan abah sentiasa tahu di mana anak kami ada,dan mama dan abah tidak ingin malam itu menyukarkan kami mencari angah tika angah berada dalam kesusahan..mama dan abah meminta jaga pakaianmu adalah kerana mama dan abah menjaga angah ibarat sekuntum bunga yang berada di dalam gelas kaca..hanya boleh di pandang namun bukan untuk di sentuh..malah mama dan abah tidak mahu satu tangan mahupun mata yang kotor menjengah di tubuh angah..mama dan abah mnta maaf sayang"
aku hanya diam,aku dah nekad untuk pergi dari situ..aku tak kira..malam itu,aku dan kekasihku mula untuk keluar..semua orang sedang tidur..apabila berjaya,kekasihku membawaku kerumah sewanya..dia berjanji untuk menjagaku namun semuanya hanya janji..malam itu,aku terdengar perbualan kekasihku dan kawan2nya dari dalam bilik menyatakan tidak sabar meratah tubuhku..aku pantai mendail no abangku
"along..tolong angah"
"angah..kat mana ni ?
"kat rumah sewa kawan along..along tolong"
baru sahaja aku habis bercakap, terus kekasihku masuk bersama-sama kawannya..aku merayu minta dilepaskan.aku tak sanggup diperlakukan sebergini..aku terus meronta-ronta..tiba kepalaku dihantuk..darah mula mengalir..aku pengsan....
'mama ? abah ? ye! aku lihat mama dengan abah tersenyum, tapi kenapa mereka mula menjauhkan diri ?? ' mama ? abah ? jangan tinggal angah..tolong angah'
aku tersedar dari mimpi..aku lihat adik-adikku dan along berada di sampingku..kata along dah 2 minggu aku tak sedarkan diri..aku cari mama..aku cari abah..namun aku tak nampak..aku tanya along..mana abah ? mana mama ? namun along hanya diam,semua diam..aku cuba bangun namun along menahan
"mama dan abah dah pergi angah..redha akan pemergiaanya angah..sesungguhnya ALLAH itu lebih menyayangi mereka"
terduduk aku..aku meraung sekuat hati...sampai hati mereka meninggalkan aku..MASYAALLAH apa yang aku lakukan ini
perlahan-lahan kaki ini melangkah kearah kubur kedua ibu bapa ku.. ku pandang kuburnya yang merah..semuanya salah aku.. abah yang menyalamatkanku..malam itu,abah mempertahankanku kegadisanku..namun abah dipukul dengan kayu yang menyebabkan pendarahan yang teruk di kepala..mama yang terkejut diserang sakit jantung..lantas pergi sama-sama meninggalkanku..aku tunduk..menghadap kubur itu..
"angah berjanji akan berubah..angah akan patuh akan segala perintah ALLAH..angah berjanji akan menjadi manusia berguna..angah berjanji"
malam itu..perlahan-lahan aku memasuki bilik mama dan abah.. terpandang di dalam almari yang terkunci..terus ku buka..semuanya baju-baju kurung aku dan tudung yang pernah dipakai aku..aku terpandang pada satu memo..'HAK MILIK ANGAH..SELAMAT KEMBALI ANGAH..MAMA DAN ABAH SAYANG ANGAH'...aku menangis lagi..di satu sudut kecil,terpandang satu bungkusan,didalamnya mempunyai AL-QURAN dan TELEKUNG..aku buka sampul di dalamnya.."hadiah buat angah..jadikannlah ianya satu kewajipan..sesungguhnya..andai dirimu sedih,ambillah wuduk,solatlah dan bacalah.."
besarnya pengorbanan mama dan abah mahukan perubahanku..aku berjanji untuk berubah..sesungguhnya aku tidak mahu mereka di soal di akhirat..aku tidak mahu mereka dilemparkan ke dalam neraka..aku tidak mahu !!! AKU BERJANJI MAMA DAN ABAH.

Copyright by : Kak Ennic








You Might Also Like

0 comments

Nuffnang Ad's