Ainza: Ertinya Persahabatan
Sahabat.

Ertinya Persahabatan

Thursday, February 13, 2014



Untitled



Assalmualaikum . Dalam hidup ini, Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri .Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita, Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, Begitulah juga dirinya, Tetapi kita sering lupa akan hal itu.Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita, Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya, Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya, Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti, Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati, Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita, Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya ? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa  .tetapi kita sering lupa .








Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya, Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita, Harapan dan impian juga kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita, Hingga kadang-kadang kita terlupa, Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita, Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya ? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita ? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya, Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa  dan menyerah kalah ? Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai, Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah ?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita ? Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat .  Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa . Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat . Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu . Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan, Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan . Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan ? Kita tidak tahu , tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya mungkin kita akan tahu :)

You Might Also Like

13 comments

  1. Sahabat penting untuk kehidupan kita juga , kan ??:)

    ReplyDelete
  2. Terlalu penting, lebih penting dari BF/GF :B

    ReplyDelete
  3. sahabat yg baik membawa kita ke jln Allah...hati2 dlm memilih shbt..cari sahabt yg benar2 ikhlas menerima kita...jgn cari shbt yg hanya menggunakan kebaikan yg ada dlm diri kita...LOL..<3

    ReplyDelete
  4. sahabat merupakan pelengkap dalam kehidupan kita.. biarlah kita jd sahabat yang membawa sahabat kita ke syurga bukan ke neraka...

    ReplyDelete
  5. suka baca entry ni T_T
    pasal sahabat ..

    ReplyDelete
  6. lady : iyee , betul tu. Membawa sahabt kita ke syurgaa :) Aminn ~
    Hawa : Hehe . Pasal sahabt sangat istimewa :)

    ReplyDelete
  7. insyaAllah kita dapat sahabat dunia & akhirat

    ReplyDelete
  8. betol tu...mudah-mudahan kita dapat sahabat dunia & akhirat....

    ReplyDelete
  9. Sahabat memang penting dalam kehidupan kita.. tapi adakalanya kita susah nak jumpa sahabat yang akan susah bersama dengan kita apabila sahabat kita telah ada seseorang yang dicintainya.. :(

    ReplyDelete
  10. yap,, persahabatan mmg sangat penting.. bg akak ssh sgt nak jumpa yang betol2 seorang sahabat.. hermm

    ReplyDelete

Nuffnang Ad's