Ainza: Tolong Melunaskan Hutang

Tolong Melunaskan Hutang

Friday, February 21, 2014

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
MEMBERIKAN hutang kepada mereka yang memerlukannya,yang digunakan bagi tujuan yang dibenarkan oleh syara', adalah antara perbuatan yang digalakkan dalam Islam, serta merupakan sikap yang mulia kerana membantu meringankan kesempitan dan kesusahan orang lain. Perkara ini adalah berdasarkan firman AllahSubhanahu Wa Ta'ala dalam Surah al-Haj potongan ayat 77 :
irsyad01
 irsyad02

irsyad05irsyad05(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)irsyad06(Hadits riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi)
Maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripad kebaikannya, kerana di sana (akhirat) tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham."
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
(Hadits riwayat al-Bukhari)
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Tafsir-Nya: "... Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan ..."- (Surah al-Hajj: 77)
Selain itu, diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu'anhu dalam sebuah hadits yang panjang bahawa huluran bantuan kepada mereka yang memerlukannya, termasuklah bantuan dari segi kewangan, akan mendapat ganjaran yang istimewa. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. (Dan) sesiapa yang memberikan kemudahan kepada orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan Akhirat." - (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Menyegerakan Membayar Balik Hutang
Dalam perkara hutang, antara tanggungjawab orang yang berhutang ialah membayar balik hutang tersebut. Menurut Islam, hukum membayar balik hutang adalah wajib dan wajib dibayar dengan segera jika ada kemampuan. Demikian ditegaskan dalam sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya : "Orang yang mempunyai kemampuan yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman (kerana menahan hak orang lain)."
Menurut Ibnu Hajar al-Haitsami, sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan berkemampuan itu adalah melakukan dosa besar.
Sekiranya hutang tersebut belum dapat dibayar disebabkan kesempitan hidup dan seumpamanya, ia tetap menjadi tanggungan dan tidak gugur daripada kewajipan orang yang berhutang untuk membayarnya.
Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa diri si penghutang khusunya jika hutang tidak dibayar. Disebutkan antaranya daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."
Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhuma Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda:
irsyad07

Di antara risikonya lagi, sebagai contoh, suatu peristiwa pernah terjadi di mana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam enggan menyembahyangkan jenazah apabila Baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai tanggungan hutang.
Tidak Membayar Hutang Dengan Sengaja
Orang yang berhutang dengan niat tidak akan membayar hutangnya pula adalah melakukan dosa besar. Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutangpiutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayar balik hutangnya.
Terdapat banyak dalil daripada hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang menjelaskan akibat dan balasan bagi mereka yang sengaja tidak membayar hutang. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
irsyad08
Maksudnya : "Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakan dia."
Orang yang enggan membayar hutang itu dianggap sebagai pencuri sepertimana dalam sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
 irsyad09
Maksudnya : "Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri."
Ibnu Hajar Al-Haithami Rahimahullah dalam kitabnya az-Zawajir menyebutkan bahawa dosa besar yang kedua ratus lima dan dua ratus enam ialah: Orang yang berhutang dengan niat tidak akan membayarnya atau berhutang dengan tidak ada harapan untuk membayarnya sekira-kira dia tidak berhajat sangat untuk berhutang dan tidak ada baginya suatu jalan nyata yang membolehkan dia membayar hutangnya, sedangkan orang yang memberi hutang itu pula tidak mengetahui akan hal orang berhutang itu.

saya tujukan kepasa cust saya , tolong jelasan hutang saya walaupun sebesar kuman. Saya dah hantar chat , whatsapp langsung tak balas . Malah ike apa saya update di group tu >< . Sangat menyakitkan hati..

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang Ad's