Ainza: Jangan syok sendiri !

Jangan syok sendiri !

Wednesday, April 16, 2014

Hi & Assalamualaikum
Lama dah duk perhati ni sesetenggah blogger suka sangat 
syok sendiri. Bukan syok sendiri selfie atau apa, ni dari segi bahasa
yang digunakan. Jangan ingat blog tu kita sorang je baca tau. Maybe followers
kita pun baca jugak. Bahasa yang digunakan terlalu singkat dan kadang-kadang
naik gelak jugak sebab tak faham apa yang diorang duk cerita tu hihi


Kita ibarat princess ceh ewahh. Betul laaa cuba perhatikan 
semua rakyat faham apa princess cuba tell something begitu juga
dengan blogger. Apa yang kita hendak sampaikan tu make sure semua orang faham tau.
 Harus menggunakan bahasa yang sangat sesuai dan 
tidak terlalu singkatkan ayat tu. Bukan macam text messages okay.

Kalau text messages tape lah nak singkatkan ayat tu sebab kalau taip panjang
panjang kang tak pasal-pasal kredit cepat habis. Opss maybe sekarang
zaman moden. Jarang orang text kebanyakkan orang suka whatsapp 
or wechat yang tengah femes sekarang ini. Hihi

So ingat ye wahai rakyat beta jelita. Jangan nak syok sendiri kerana 
saya salah seorang yang suka visit blog walaupun tak faham apa
yang hendak blogger itu sampaikan hehe. Jangan duk potpet potpet tapi
satu haram pun tak faham melainkan empunya badan itu sendiri yang menaip :)
Ingat kita sekarang di alam maya. So tak tahu sama ada orang akan baca entry kita or not.

INGAT ! JANGAN SYOK SENDIRI !

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang Ad's