Ainza: Kelebihan Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab

Tuesday, April 29, 2014


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. 

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 
Imam Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, Tabarani dan lain-lain)



You Might Also Like

0 comments

Nuffnang Ad's