Ainza: Kenapa Terus berblogging lagi ?

Kenapa Terus berblogging lagi ?

Tuesday, April 01, 2014


Assalamualaikum, banyak persoalan kenapa aku terus berblogging lagi? Kenapa dulu aku stop berblogging? Hmmm aku ringkaskan je laa. Masa aku paling - paling aktif berblogging since 2011. Masa tu aku menggila-gila dengan alam blog hehehe dan masa tu jugak lah aku calon PMR. Dulu-dulu aku kurang sikit study hard hehe sebab laman sosial ni lah. Lepas dapat keputusan pmr tu gilaaaaaa memang menghampakan aku laa walaupun result aku semua lulus tapi agak mengecewakan lah sebab gred subjek yang aku suka tu down ! Hmm so aku ambik keputusan nak stop berblogging buat selama-lamanya eh buat seketika je lah. Masa tu baru nak menyesal seperti Nasi sudah menjadi bubur. Nak menyesal dah tak guna dah terima je lah hakikat dengan keputusan pmr aku tu dan aku dikelaskan kelas akuan. Time tu memang aku tak suka akaun lerrr. So terima je lah hakikat okay..

Since 2012 & 2013 aku memang tak berblogging langsung sampai awal bulan 2014 ni. 2013 ni memang takde hasrat nak start masuk alam blogger lagi sebab masa tu aku memang nak fokus SPM sahaja. Masa depan aku tu. Berkat usaha aku ni yang dulu - dulu memang tak suka Akaun last-last dapat gred A dalam result SPM baru - baru ini. Huhuh tak caye kot sebab masa aku form 4 asyik gagal je hihik. Alhamdulillah rezeki Allah bagi kan. Start 2014 masa awal bulan 1 baru aku mula berblogging lagi sampai sekarang hihi. Kadang- kadang rasa kekok jugak sebab banyak sangat perubahan. hehe so support aku kay untuk teruskan berblogging. 

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang Ad's