Ainza: Throwback takut tengok MEKSI

Throwback takut tengok MEKSI

Saturday, April 26, 2014

Memang perkara ni tak pernah luput di ingatku sebab ape aku memang pantang kalau MEKSI ( ayat manja ) datang sekolah. Tak kira nak cek gigi ke, cabut gigi ke , semua lah yang berkaitan dengan meksi aku memang tak suka + penakut.

Sebut je meksi datang mengelabah aku, nak nangis pun ada walaupun masa tu dah sekolah menengah. Kawan - kawan automatik pandang aku sebut je perkataan meksi. Yaa Ainza penakott.



Walaupun cek je tapi memng takut. Nak cakap aku gigi rosak memang tak lah. Daaa memang penakot. Bila meksi bagi kad je masing masing beratur and akulah yang selalu hilang entah kemana. Saje tipu - tipu pergi toiled ke. Lepas je tengok kawan - kawan masuk awal. Haishh mana boleh nanti dia tinggalkan aku, lagi lah aku takot.

Terpaksalah aku kena duduk depan. Bila meksi cek gigi mesti aku tanya ' eh jangan suluh lapu tu betul - betul kat manta, silau laaaa'  ' Lama ke cek ni?' 

Hmm memang muka aku lah yang banyak tanya. Lepas je dah cek legaa. Eh tak lega lagi. tunggu pulak kot-kot kena cabut. Memang setakat ni sejak form1-form5 meksi tak pernah lagi panggil aku cabut giggggiiii.wuhuuh tapi perasaan takot tengok meksi datang sekolah tu memang adaaa.

So kalau takot gigi tu cepat rosak meh kita belajar cara jaga gigi kat sini.

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang Ad's