Ainza: Tips Cara Menghalau Semut

Tips Cara Menghalau Semut

Tuesday, April 15, 2014

Assalamualaikum..
Dah lama tak bagi tips kan ? Okay kali ini bukan tips untuk blog tapi tips ini boleh digunakan pakai oleh semua orang tak kira usia muda mahupun tua. Memang tak dinafikan setiap rumah pasti ada semut yang berlegar-legar ? Kadang - kadang naik geram jugak bila banyak semut ni sampai hati ni tergerak nak semut shieldtox. Tapi ingatlah dia pun makluk Allah yang nak hidup jugak seperti kita kan cuma sarang yang dibuat tu di tempat yang salah. Kita pun nak jaga kebersihan kita kan ?

So ini tipsnya untuk menghalau semut. Kalau nampak banyak-banyak dalam rumah seperti yang dipesan oleh Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W dulu kita ucaplah..


Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut-semut ini adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.

Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..

Macam tu lah, kalau nampak semut - semut kat mana-mana kita ucaplah seperti di atas . Kalau kita yakin, segalanya boleh dilakukan. InsyaAllah

You Might Also Like

0 comments

Nuffnang Ad's